Pendahuluan Kejohanan Gimrama MSS Sabah Tahun 2024

PENGENALAN

Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istImewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi sememangnya popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan.

Sukan gimrama merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa khasnya untuk atlet gimnas perempuan merupakan asas kepada penganjuran sukan ini di peringkat Daerah Keningau. Kejohanan Sukan Gimrama bukan sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh iketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pengelolaan Kejohanan Sukan Gimrama MSS Sabah khususnya oleh Daerah Keningau merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah di daerah ini.

Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben, bola dan belantan) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan.

KONSEP
Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Keningau diadakan untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas di seluruh Negeri Sabah khususnya dalam daerah ini terutamanya dari sekolah-sekolah rendah untuk mengembangkan bakat yang sedia ada. Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi peluang dan kesedaran kepada masyarakat amnya di daerah ini tentang adanya sukan gimrama di Daerah
Keningau ini dan faedah menyertai sukan gimrama.

OBJEKTIF
1. Menggalakkan warga pendidikan untuk terus membudayakan gaya hidup yang cergas, sihat dan dengan semangat yang kental.
2. Mengembangkan potensi murid/atlet secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
3. Platform kepada pemilihan peserta yang berbakat dan berpotensi mewakili MSS Sabah ke peringkat MSSM.